Sunday, February 15, 2009


RockYou FXText

MuTiArA kAtA

Ehem ehem.Assalammualaikum dan selamat sejahtera kengkawan.Moga dikau semua dalam keadan sihat belaka semuanya.Saya nak perkenalkan diri cikit nie untuk tatapan ramai.My name Mohd Hafiz Halim bin Tajuddin.Saya berasal dari Melaka dan menetap di alamat no 14,Jalan Perawan 9,Taman Bukit Rambai,75250 Melaka.Saya dilahirkan pada tanggal tiga jun tahun sembilan belas sembilan puluh.Saya baru berusia sembilan belas tahun.Huhu.Saya datang dari keluarga yang sederhana kehidupannya.Ayah saya merupakan seorang pesara tentera.Beliau sangat tegas dan teliti dalam kehidupannya serta menitik beratkan soal agama dan pelajaran dalam diri anak-anaknya.Ibu saya bernama NorAzwan bte Keling.EEpp nama jew keling tau tapi owang melayu,baselah nama orang dulu-dulu.Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.Saya sangat cayang kepada dorang berdua dan berazam ingin belajar bersunguh-sunguh untuk berjaya seterusnya menunaikan harapan mereka.Saya anak sulung dari lima orang adik-beradik.Besau 2 beb tanggungjawab kita.Sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka diperingkat diploma pengajian islam dengan pembangunan sumber manusia,saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan di Batu Berendam Melaka.Saya seorang yang cool dan peramah tapi malu-malu cikit ngan perempuan.Baselah enam tahun dok belajar ngan lelaki jew sume.Huhu ni jelah sedikit coretan tentang diri saya.Bagi sesapa yang ingin lebih mengenali saya boleh berhubung ngan saya melalui apa-apa talian sekalipun.hehe.Wasalam.

EMPAT CERITA MENARIK

Air Mata Nabi Adam.

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.

"Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat.

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka.

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

8 petanda bahawa dia adalah jodoh kita

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!!Hehe...

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?

"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung diatasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya untuk dicintai"


Directed by Arepeace...('',)

Hadis Sofiah binti Huyai r.a katanya:

Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang beriktikaf aku datang menziarahi baginda. Setelah puas berbual-bual dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Manakala tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Apabila mereka melihat Nabi s.a.w mereka mempercepat langkah mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda: Perlahankanlah langkah kamu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai Maha suci Allah, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia. Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua.

Renungan

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik gubahan sesebuah syair iaitu puisi yang dibawa oleh orang-orang Arab ialah syair atau puisi Labid: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللَّهَ بَاطِلٌ Yang bermaksud: Tidakkah mengingati sesuatu selain dari Allah adalah batil.
Hadis Uqbah bin Amir r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:

Hindarkanlah diri kamu dari masuk menemui wanita iaitu wanita yang bukan mahramnya. Seorang sahabat Ansar bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kalau ipar? Rasulullah s.a.w bersabda: Ipar itu ialah mati (lebih merisaukan).

Renungan

Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat manusia dikumpulkan di tanah putih bersih seperti roti yang lembut, tidak ada apa-apa untuk seseorang itu berlindung.
Nie kawan sama bilik ngan kita.Ie nie suka tolong owang,tapi kena sabau cikit bile ie dah bukak bunga ie..Huhu

SURAH AL-NAHL AYAT 125


ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

EpYnEsS fAmIlY


GuRl dPsM

GuRl dPsM

KaWan BiLik

KaWan BiLik

SaAt mEnILaI CiNtA

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.


2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.


3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.


4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Wajah ceria gurl DPSM mase nak pi wat program semester 1.

UNTUKMU UMMI.....

Salam...Hari ini 10 Mei 2009 bersamaan hari ahad seluruh dunia meraikan hari ini.Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh ibu-ibu kita.Aku berasa cemburu,jealous dan cedih kerana tidak dapat meraikan hari ibu seperti yang dilakukan oleh anak-anak yang lain untuk ibu-ibu mereka.Ada yang sudah mula meraikan sambutan hari ini sejak malam semalam dengan tiupan yang memadamkan cahaya lilin di atas kek.Aku tidak berkemampuan berbuat begitu.Yang mampu aku lakukan hanya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup Umiku.Hari ini ibuku seperti biasa bangkit lebih awal daripadaku.Namun aku bangkit dengan penuh semangat untuk meraikan hari ini buat ibuku yang tercinta dengan cara tersendiri.Aku hanya mampu meraikan hari ini dengan membuatkan hati ibuku senang dengan kehadiranku,membuatkan ia gembira serta tersenyum dan membantunya.Aku bersyukur pada Ilahi kerana dikurniakan ibu yang masih kuat dan sihat.Dalam post kali ini aku menyeru sahabat taulan yang mengenaliku agar jagalah nikmat yang tidak terkira nilainya ini dengan baik.Berbaktilah kepada ibu kita dan buatlah meraka bangga terhadap kita.Wasalam...

SELAMAT HARI IBU

mother….
your spirit is too big..
How i can repay to you?
oh mother…
your love is honest

No_bodys can be equel with you
mother….

stars and the moon
I will give for you but all of them
can’t be repay your love and affection for me…
I love you mom…^o^

sesekali…
ingin aku menjengah kamar hatimu
melihat sesiapa yang ada di situ
tetapiapalah yang dapat kuberikan
selain tanda ucapan salam

sesekali…
ingin aku mengoyak segala derita
yang kau sembunyikan di balik matamu
menyimpan kepingan-kepingan duka
yang melingkari hatimu

sesekali…
ingin aku melemparkan keriangan
dan meragut resah yang kau sembunyikan
agar hidupmu bersemi kembali
namun aku adalah aku

engkau adalah engkau
kita hanyalah pengembara
sepenuh rahsiaku hanya mampu
memberi sebuah kejujuran dan keikhlasan
seorang anak tidak setanding dengan kebahagiaan yang kau berikan padaku

SELAMAT HARI IBU UMI(",)

SEJARAH PENDIDIKAN

1996-Taska setahun di Pasti surau Taman Bukit Rambai.
1997-Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Rambai hingga tahun dua.
1999-Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Bukit Rambai.
2003-Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (tumpang 1 bulan).
2003-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad.
2008-Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka
2009-Dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Teknologi Islam Antarabangsa Melaka.

PENCAPAIAN PERSEKOLAHAN

SEKOLAH RENDAH
· Pemenang pembaca buku terbanyak tahap satu.
· Pengawas sekolah tahun 3 – 6.
· Ketua pasukan harimau berantai pengakap.
· Ahli jawatankuasa persatuan Bahasa Inggeris.
· Taekwando green belt two.
SEKOLAH MENENGAH
· Pengawas pustakawan hingga form 3.
· Marathon Antarabangsa 10 km in 1 hour 35 minutes.
· Tempat ke-3 Dikir Barat peringkat negeri.
· Johan Kawad Kaki Kadet Polis peringkat negeri.
· Johan Kawad Kaki Formasi Agensi Kerajaan peringkat negeri.
· Presiden Kelab Sejarah dan Geografi.
· AJK kelab takraw.
· Johan keseluruhan perkhemahan kadet polis peringkat negeri.
· Bola tampar peringkat negeri.
· Tempat ke-3 Kawad Kaki Formasi Agensi Kerajaan peringkat kebangsaan.

AgU JiWaNg